Sifat-sifat utama Timah sari

Zink berwarna kelabu kebiru-biruan dan bersifat sederhana reaktif. Zink menjadi sebam (kusam) apabila terdedah kepada udara lembap. Zink terbakar dalam udara dengan nyalaan hijau kebiru-biruan yang terang, lalu membebaskan wasap zink oksida. Zink bertindak balas dengan asid, alkali dan lain-lain unsur bukan logam. Jika zink yang bertindak balas dengan asid adalah tidak tulen, tindakan ini akan membebaskan gas hidrogen. Salah satu nombor pengoksidaan zink yang lazim ialah +2. Logam zink mudah tertempa pada suhu antara 100 °C sehingga 210 °C dan boleh diketuk menjadi pelbagai bentuk. Pada suhu melebihi 210 °C, logam ini menjadi rapuh dan akan pecah jika diketuk. Zink tidak bermagnet.